Assalamualaikum...............................................
Hye👋 nama aku Ana Lya. Panggil aku Lya. Hahaha. Ini kisah tentang aku. Aku sekarang tengah praktikal. In shaa Allah awal bulan 1 aku dah habis praktikal dan menunggu konvo je yang entah bila pun tak tau lagi. Cuba teka aku umur berapa? Haaa, untuk memudahkan korang, aku bagitau lah. Aku sekarang tahun akhir Degree. TU lah hint dia. HAHAHA. Selamat Meneka ye😆😆
Sedikit sebanyak tentang aku:
Nama: Ana Lya
Hobi: Membaca, menulis, menconteng & bercakap
Minat: Psychology, Medical, Romance, etc.
Okay, tu je dulu setakat ni tentang aku.
Actually, aku dah lama teringin nak menulis blog sebab aku suka menulis tapi aku tak tau nak berkongsi tentang apa. Well, kalau tentang kehidupan aku sangatlah membosankan. Hahaha. Lagipun korang sendiri dah konfem2 busy dengan kehidupan korang kan sampai tiada masa untuk mengambil tahu tentang kehidupan orang lain. Jadi oleh kerana aku seorang yang tersangatlah berilmiah so aku dengan suka hatinya ingin berkongsi dengan korang tentang kesihatan diri.
Kenapa kesihatan diri?
Kerana kesihatan diri kita ni penting sangat untuk kita jaga. Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak jaga kesihatan diri kita? Kan!!
Oh ye, tak lupa juga aku dapat idea ni daripada korang la jugak. 😁😁
Di suatu pagi yang indah, sewaktu aku nak pulang ke rumah kakak aku setelah seminggu aku menumpang teduh di rumah kawan aku. Aku pun singgah la ke family mart untuk bersarapan memandangkan masa masih terlalu awal. Di family mart KL Sentral yang sibuk dengan orang awam yang berpusu2 berkejar menuju ke destinasi mereka. Aku singgah di family mart dan membeli makanan serta menunggu makanan ku yang dipanaskan untuk siap. Sambil2 aku membaca buku novel English, aku memerhati sekeliling ku. Ku lihat ramainya orang yang turut sama bersarapan di situ. Yang menarik perhatianku makanan yang dimakan mereka sebagai sarapan pagi iaitu; oden, bubble milk tea, dan sebagainya. Aku terfikir, di pagi sebegini mereka sudah memakan makanan yang sebegitu rupa sebagai sarapan. Sungguh menarik serta tidak menyihatkan.
Tidak hairan lah kenapa Malaysia merupakan negara yang peratus obesiti di kalangan penduduknya adalah yang paling tinggi di asia. Ramai rakyat Malaysia hari ini yang bgitu tergila2 akan kecantikan seperti yang ditunjukkan oleh instafamous2 atau youtuber2 sekalian. Namu sayang, tak ramai yang memikirkan soal kesihatan berbanding kecantikan. Mereka sanggup berlapar hanya semata2 melakukan diet ekstrim untuk kurus.
Aku pernah sekali menumpang bilik kawanku di asrama universiti memandangkan biliknya di tingkat paling bawah. Pada suatu malam, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang pengsan di pintu masuk ke asrama. Kawannya beritahu bahawa sebab kenapa pelajar perempuan itu pengsan adalah kerana perempuan itu tak makan apa2 makanan oleh kerana diet. Untuk kuruskan badan sanggup berlapar sehingga memudaratkan diri. Begitu juga dengan orang lain di luar sana yang begitu obses dengan kecantikan sehingga sanggup bertukar2 produk kecantikan ibarat menukar baju. Betapa taksubnya kita ini dengan kecantikan.
So, remember this girls. Happy girls are the prettiest. 💕💕

